Tuesday, January 4, 2011

Sedekah Secara Diam-diam

Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a yang bermaksud :

"Tatkala Allah menciptakan bumi,maka bumi pun bergetar. Maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya,ternyata bumi pun diam . Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka pun bertanya :"Ya Rabbi,adakah sesuatu yang Engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?"
    Allah menjawab,"Ada iaitu besi." (Kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang ternyata diperbuat daripada besi)
    Para malaikat pun kembali bertanya :" Ya Rabbi ,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada besi?"
   Allah yang Maha Suci menjawab:"Ada iaitu api."(Besi boleh menjadi cair bahkan boleh mendidih setelah dibakar dengan api)
   Malaikat kembali bertanya :"Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada api?"
   Allah yang Maha Agung menjawab :"Ada iaitu air."(Api yang membara macam mana pun akan padam dengan simbahan air).
  Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada air?"tanya malaikat lagi.
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab:"Ada iaitu angin."(Air di samudera akan segera terangkat,bergulung-gulung dan berombak,menghempas pantai dan batu karang,menyebabkan kapal dan perahu terumbang-ambing kerana dahsyatnya kekuatan yang sangat dahsyat).
    Akhirnya para malaikat bertanya lagi:"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada angin?"
   Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatan-Nya menjawab :"Ada iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."

(Riwayat al-Tirmizi)

Jangan Berkata 'KALAULAH'

Hadis Sahih Muslim daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasullulah saw bersabda:
   Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan akhirat), dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah,yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu," akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendak-Nya". Sesungguhnya perkataan "KALAULAH" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

(Imam Nawawi, Riyadhus Solihin(Terj) Jilid 1,Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri,Kuala Lumpur, ms 147)

Monday, January 3, 2011

                                      Hati Yang Sejahtera adalah HATI yang.........


..........kenal dan mencintai Allah S.W.T dan takut kepada-Nya

..........meletakkan Allah dan Rasul-Nya di tempat yang tertinggi dalam kehidupan hariannya secara konsisten

..........dekat dengan Allah dan menjadikan kehidupannya berpaksikan mencari keredhaab Allah.

..........bebas daripada pengaruh amarah,syahwat dan syaitan

..........sentiasa tawaduk dan merendah diri 

..........ghairah dengan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan sangat benci segala bentuk kejahatan,walau sekecil mana sekalipun.


KENAPA AKU......???

KENAPA AKU SERING DIUJI??
    Firman Allah ,maksudnya :"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan :' Kami telah beriman ,sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta."
                                                                                                                       (Surah al-Ankabut:2-3)


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN??
     Firman Allah ,maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
                                                                                                                      (Surah al-Baqarah:216)



KENAPA AKU DIUJI UJIAN SEBERAT INI??
      Firman Allah ,maksudnya :"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
                                                                                                                           (Surah al-Baqarah:286)



BAGAIMANA KAN KUHADAPI UJIAN INI??
        Firman Allah, maksudnya:"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan) dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh(di medan perjuangan) dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya ,kamu berjaya (mencapai kemenangan)."                                                                                                  (Surah Ali Imran:200)

      Firman Allah lagi,maksudnya :"Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
                                                                                                                        (Surah al-Baqarah:45)


APA YANG AKU BOLEH DAPAT DARI SEMUA INI??
      Firman Allah ,maksudnya:" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka..."
                                                                                                                          (Surah at-Taubah:111)