Friday, September 17, 2010

HIKMAH AYAT AL-KURSI MENGIKUT HADIS-HADIS

1)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabia berbaring di tempat tidurnya,Alah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh

2)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dn barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya

4)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang Fardhu ,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,setiap perbuatan orang yang benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat

5)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya.maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan memdoakan baginya.

6)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Alah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga syahid

7)Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat.Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap

Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku,adakah Engkau menciptakan makluk yang lebih baik daripadaku?"Lalu ALLAH berfirman yang bermaksud:"TIDAK".

Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rakaat kerana bersyukur kepada Allah dan setiap rakaat itu tempohnya 20,000 tahun

Selepas Jibril a.s solat,ALLAH berfirman yang bermaksud:"Wahai Jibril,kamu sudah menyembah AKU dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepadaKU seperti ibadat kamu,akan tetapi di akhir zaman nanti ada seorang Nabi yang mulia yang paling AKU cintai,namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan,fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaanKU dan ketinggianKU,sesungguhnya mereka mengerjakan solat atas perintahKU,sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKU.
Kemudian Jibril a.s berkata:"Ya Tuhanku,apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud :"Ya Jibril,akan KU berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal mereka."

Kata-kata Hikmah Khulafa'AL-Rasyidin

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN....

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1- Hatinya selalu berniat suci
2-Lidahnya selalu basah dengan zikrullulah
3-Kedua matanya menangis kerana penyesalan(terhadap dosa)
4-Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
5-Mangutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

1-Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2-Orang yang suka menghina orang lain,dia juga akan dihina
3-Orang yang menyintai akhirat,dunia pasti menyertainya
4-Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain,pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

1-Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia ,nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2-Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3-Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu,tetapi aku bukanlah orang y paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutlah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB

1-Jika tidak kerana takut dihisab,sesungguhnya aku akan perintahkan membawa eekor kambing,kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2-Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah,tidak sia-sia yang akan dia kehendaki.\
3-Wahai Tuhan,janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku.Wahai Tuhanku,umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah.Maka genggamkan(matikan)aku untukMu bukan untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMULLAHU WAJHAH

1-Cukuplah bila aku merasa mulia keran Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMU. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai
2-Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal kerana sesungguhya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa.Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3-Jaganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.