Monday, February 21, 2011

KEM BESTARI SOLAT...

Assalamualaikum kwn2....ermm bru2 nie ary sabtu 19/2/11 sya ngn kwn2 y jadi fesi go to Sek.Ren.Bukit Raya Pendang tuk wat Kem Bestari Solat kat adik2...Mula2 nak gi 2 mmg takut gelisah dan mcm2 lagi la prsaan 2....bkn apa mcm2 duk pkir cm na la nk ajar adik2 darjah 1-5 nie...mklumlah ragam budak2 bkn sng..tiba ja kat sana lam pukul 8.30 lbih la...lpas 2 adik2 smua dah kumpul kat dewan..smua lam anggaran 300 lbih..lpas mula la sesi p'bahagian...kbtulan sya dpt adik2 darjah 3 srami 13 org...mula2 masuk kelas 2 mmg ketar la jga..pdahal adik2 je..tpi tkut jga nak mula p'bualan ngn diorg..tpi dgn smgatnya dan mula bacaan Al-Fatihah gementar 2 pun ilang..Alhamdullilah spanjang sesi bersama dgn adik2 smuanya berjalan dgn lancar....Bagi adik2 drjah 3 nie sya kena tekankan cara bcaan Tahiyat awal dan akhir, doa qunut dan juga cara solat berjemaah...lagipun mmg syukur sgt sbb adik2 smua dah pndai m'guasai bacaan dalam solat cma doa qunut je blum lancar ckit...mmg dalam masa stgah ary 2 boleh dpt bgaimana prsaan seorg guru m'didik anak murid n parents mgajar kita wktu kecil...mmg penat dan mcm2 kna fikir...klu plajar 2 jnis ska tnya bnyk soalan y 2 lgi la pening nk m'jwab..apa2 pun kenangan bersama adik2 mmg best dan x dpt dilupakan..rndu plak suasana dlm kelas ngn adik2...hihi....




Saturday, February 19, 2011

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..







Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

kEcAntikAn lElaki dAn kEgaGAhAn wAnitA...'',


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah, adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

siapa cantik dan gagah,,angkat tangan..!!

Tuesday, January 4, 2011

Sedekah Secara Diam-diam

Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a yang bermaksud :

"Tatkala Allah menciptakan bumi,maka bumi pun bergetar. Maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya,ternyata bumi pun diam . Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka pun bertanya :"Ya Rabbi,adakah sesuatu yang Engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?"
    Allah menjawab,"Ada iaitu besi." (Kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang ternyata diperbuat daripada besi)
    Para malaikat pun kembali bertanya :" Ya Rabbi ,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada besi?"
   Allah yang Maha Suci menjawab:"Ada iaitu api."(Besi boleh menjadi cair bahkan boleh mendidih setelah dibakar dengan api)
   Malaikat kembali bertanya :"Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada api?"
   Allah yang Maha Agung menjawab :"Ada iaitu air."(Api yang membara macam mana pun akan padam dengan simbahan air).
  Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada air?"tanya malaikat lagi.
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab:"Ada iaitu angin."(Air di samudera akan segera terangkat,bergulung-gulung dan berombak,menghempas pantai dan batu karang,menyebabkan kapal dan perahu terumbang-ambing kerana dahsyatnya kekuatan yang sangat dahsyat).
    Akhirnya para malaikat bertanya lagi:"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada angin?"
   Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatan-Nya menjawab :"Ada iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."

(Riwayat al-Tirmizi)

Jangan Berkata 'KALAULAH'

Hadis Sahih Muslim daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasullulah saw bersabda:
   Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan akhirat), dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah,yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu," akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendak-Nya". Sesungguhnya perkataan "KALAULAH" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

(Imam Nawawi, Riyadhus Solihin(Terj) Jilid 1,Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri,Kuala Lumpur, ms 147)

Monday, January 3, 2011

                                      Hati Yang Sejahtera adalah HATI yang.........


..........kenal dan mencintai Allah S.W.T dan takut kepada-Nya

..........meletakkan Allah dan Rasul-Nya di tempat yang tertinggi dalam kehidupan hariannya secara konsisten

..........dekat dengan Allah dan menjadikan kehidupannya berpaksikan mencari keredhaab Allah.

..........bebas daripada pengaruh amarah,syahwat dan syaitan

..........sentiasa tawaduk dan merendah diri 

..........ghairah dengan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan sangat benci segala bentuk kejahatan,walau sekecil mana sekalipun.


KENAPA AKU......???

KENAPA AKU SERING DIUJI??
    Firman Allah ,maksudnya :"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan :' Kami telah beriman ,sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta."
                                                                                                                       (Surah al-Ankabut:2-3)


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN??
     Firman Allah ,maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
                                                                                                                      (Surah al-Baqarah:216)



KENAPA AKU DIUJI UJIAN SEBERAT INI??
      Firman Allah ,maksudnya :"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
                                                                                                                           (Surah al-Baqarah:286)



BAGAIMANA KAN KUHADAPI UJIAN INI??
        Firman Allah, maksudnya:"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan) dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh(di medan perjuangan) dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya ,kamu berjaya (mencapai kemenangan)."                                                                                                  (Surah Ali Imran:200)

      Firman Allah lagi,maksudnya :"Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
                                                                                                                        (Surah al-Baqarah:45)


APA YANG AKU BOLEH DAPAT DARI SEMUA INI??
      Firman Allah ,maksudnya:" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka..."
                                                                                                                          (Surah at-Taubah:111)