SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN....
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1- Hatinya selalu berniat suci
2-Lidahnya selalu basah dengan zikrullulah
3-Kedua matanya menangis kerana penyesalan(terhadap dosa)
4-Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
5-Mangutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
1-Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2-Orang yang suka menghina orang lain,dia juga akan dihina
3-Orang yang menyintai akhirat,dunia pasti menyertainya
4-Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain,pasti kehormatan dirinya akan terjaga
SAYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ
1-Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia ,nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2-Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3-Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu,tetapi aku bukanlah orang y paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutlah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"
SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB
1-Jika tidak kerana takut dihisab,sesungguhnya aku akan perintahkan membawa eekor kambing,kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2-Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah,tidak sia-sia yang akan dia kehendaki.\
3-Wahai Tuhan,janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku.Wahai Tuhanku,umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah.Maka genggamkan(matikan)aku untukMu bukan untuk manusia.
SAYIDINA ALI KARAMULLAHU WAJHAH
1-Cukuplah bila aku merasa mulia keran Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMU. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai
2-Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal kerana sesungguhya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa.Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3-Jaganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
No comments:
Post a Comment