Friday, September 17, 2010

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat.Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap

Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku,adakah Engkau menciptakan makluk yang lebih baik daripadaku?"Lalu ALLAH berfirman yang bermaksud:"TIDAK".

Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rakaat kerana bersyukur kepada Allah dan setiap rakaat itu tempohnya 20,000 tahun

Selepas Jibril a.s solat,ALLAH berfirman yang bermaksud:"Wahai Jibril,kamu sudah menyembah AKU dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepadaKU seperti ibadat kamu,akan tetapi di akhir zaman nanti ada seorang Nabi yang mulia yang paling AKU cintai,namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan,fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaanKU dan ketinggianKU,sesungguhnya mereka mengerjakan solat atas perintahKU,sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKU.
Kemudian Jibril a.s berkata:"Ya Tuhanku,apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud :"Ya Jibril,akan KU berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal mereka."

No comments:

Post a Comment